CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, March 31, 2009


LEMBARAN DIRI TOKOH


Dr.Kamariah Binti Kamaruddin dilahirkan pada 23 Mac 1973. Anak kelahiran Kemaman, Terengganu Darul Iman ini merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor. Sekarang, beliau menetap di N0.4, Jalan 8/32c, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ikhsan.


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


Dr, Kamariah Kamaruddin mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Chukai Kemaman (1980-1983), Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman (1984-1985). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Al-Falah Kemaman (1986-1990). Seterusnya, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Chukai Kemaman (1991-1992) sehinggalah melanjutkan pelajaran ke Kolej Negeri Sembilan (1993). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian media), di Fakulti Sastera dan Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1998-2000). Semangatnya dalam menuntut ilmu tidak tamat di situ, apabila beliau terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Melayu), di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (2001-2005)


kkamaria@fbmk.upm.edu.my atau kamariahkamarudin@yahoo.com



Thursday, March 26, 2009

aku dan DIRIKU...




NAMA: MOHD NUR HAFIZUDIN BIN MD ADAMA


TARIKH LAHIR: 13 MAC 1986


UMUR: 23 TAHUN


ASAL: MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM





Helo semua... nama saya Mohd Nur Hafizudin Bin Md. Adama. Lahir menghirup udara yang segar di dunia ini tanggal tarikh keramat 13 Mac 1986. Merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Nombor 3 ni macam dah sinonim dengan saya hehe...Hobi saya membaca dan mengumpul komik. Hobi ni memang dah lama bertakhta di hatiku. Mungkin bermula bila saya kecik-kecik dulu. Sejak kecik dulu saya memang tak boleh lepas tengok kartun, jadi bila dah meningkat dewasa ni jadi bercambah ke bidang yang lebih meluas. Sejak sekolah rendah lagi saya dah mula kumpul komik. Komik yang saya mula-mula kumpul ialah Ujang. Ingat lagi dulu masa mula-mula harganya cuma 3 ringgit lebih je...lepas tu meningkat 4 ringgit lebih. Sekarang tak pastilah. Mungkin dah dekat 5 ringgit kot. Saya dah lama berhenti langgan. Sejak masuk sekolah menengah atas, terus berhent. Sebabnya??? Harganya la...mahal sangat, lepas tu lawaknya pun dah tak best macam dulu-dulu. Saiz pun dah bertambah kecik. Lepas tu aku bertukar arah pulak kepada komik jepun. kawan la yang perkenalkan. Awal-awal dulu cuma pinjam je dengan dia, lepas tu aku mula kumpul sendiri. Apa lagi kami pun saling tukar-tukar komik. Jimat belanja sikit. Tapi sekarang dah tak macam tu lagi dia dah dekat tempat lain, aku pun dah dekat tempat lain...uwauwa...dah tak best. Tapi hidup mesti tetap diteruskan. Komik pun mesti tetap dikumpul. Sekarang koleksi aku dah ada berpuluh-puluhlah. Komik yang saya kumpul sekarang Penyiasat remaja, Detektif conan, Q, dan shin chan. Dulu sanggup ikat perut sebab nak beli komik. Masa rehat tak makan pun. Memori lama... Peristiwa yang sedih, koleksi komik ujang saya habis hancur lebur masa tragedi banjir dekat Johor dulu. Huhu tak sempat nak selamatkan. Sedih...sedih...Apa nak buat, dah takdir.

Oklah sambung balik pasal diri saya. Saya juga suka tengok tv dan anime. Pendiam sikit.
Bab makan, saya tak memilah sangat. Tapi kalau nak ubah selera, saya suka makan sushi, spegeti dan kek keju. Selalu mintak kakak belanja. Haha...padan muka kena pau. Eh lagi satu... saya suka tengok naruto...best giler...sesiapa nak try bolehlah pergi kat http://www.narutocentral.com.

Kalau nak tegok cerita-cerita Korea, Taiwan, Cina dan Jepun yang best pergiah kat http://www.mysoju.com Cubalah...best tau cerita-cerita dekat situ. Nak tegok anime lagi?? Pergilah dekat http://www.realitylapse.com. Bolehlah cuba kalau bosan...bolehlah download sekali. Kalau ada sesiapa ada tempat yang best bolehlah kongsi sama. Hehe...Mmm...saya pun minat baca novel Harry Potter...semua novelnya dah habis baca kecuali yang first buku. Hehe pelikkan... Ingat satu hari nanti nak la baca buku tu sampai habis...Siapa yang ada buku tu bolehlah kasi pinjam.

Akhir kata...

Salam perkenalan....