CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, April 4, 2009

CABARAN-CABARAN SEWAKTU BERKARYA



Apabila disoal tentang cabaran-cabaran yang beliau hadapai sewaktu menghasilkan karya, dengan segera beliau menjawab bahawa cabaran yang paling sukar dihadapi ialah sewaktu mahu menyelesaikan sesuatu konflik. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang menghadapi kesukaran sewaktu mahu menyiapkan novel ke-5 beliau iaitu “Sebuah Syakirah”. Dalam novel ini watak utamnya merupakan seorang janda yang sedang bergelut dengan pelbagai konflik. Beliau menyatakan betapa sukarnya untuk membayangkan watak seorang janda disebabkan ketika itu beliau masih bujan dan belum berkahwin lagi. Bagaimanapun dengan kecekalan yang dimiliki, beliau akhirnya berjaya menyelesaikan novel tersebut dan novel tersebut akhirnya telah diterbitkan. Sesuatu yang amat membanggakan bagi dirinya apabila novel tersebut mendapat banyak pujian serta komen yang baik daripada pembaca yang menyatakan bahawa novel tersebut telah banyak meberi inspirasi kepada wanita. Menurut beliau lagi, apa yang penting dalam penghasilan sesebuah karya itu adalah kualitinya yang seharusnya mampu memberi kesan yang mendalam kepada pembaca.

Dalam penghasilan sebuah cerpennya yang bertajuk “Hijrah”, beliau menghadapi lagi kesukaran iaitu apabila melihat penghasilan cerpen ini yang agak rumit iaitu memerlukannya memasukan banyak ilmu berkaitan harta serta ayat-ayat Al-Quran. Di sini beliau terpaksa membuat pelbagai kajian yang agak rumit.

Beliau menambah lagi, selain cabaran-cabaran dalam membuat kajian untuk dimasukkan ke dalam karya, cabaran lain yang dihadapinya ialah untuk menjalankan tanggungjawab kepada suami dan anak. Beliau terpaksa bijak membahagikan masanya agar tidak mengabaikan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.


TEKNIK-TEKNIK YANG DIGUNAKAN UNTUK BERJAYA DALAM BERKARYA



Dalam proses mencari idea bagi sesuatu karya itu, Dr. Kamariah banyak melakukan catata terhadapa apa jua yang terjadi di persekitarannya. Ketika melancong juga dia banyak membuat catatan tentang setiap tempat yang dilawatinya. Hal ini bagi memudahkannya membuat rujukan sekiranya mahu menghasilkan sesuatu karya. Hal ini sememangnya teknik yang digunakannya sejak daripada awal pembabitannya dalam bidang penulisan ini. Sejak awal dahulu, belaiu telah menggunakan teknik dairi iaitu mencatat segala perstiwa yang penting, sama ada beliau ingin memprotes sesuatu yang difikirkannya tidak betul atau sebagainya. Dari situlah beliau kemudiannya mencari isi yang dapat digunakannya untuk berkarya. Menurutnya lagi, minat dan bakat juga merupakan suatu yang penting dalam mendorong seseorang untuk berkarya. Selain itu, menurut beliau lagi, pendidikan juga merupakan tunjang atau paksi yang menentukan kejayaan seseorang dalam bidang penulisan ini. Beliau menambah, ilmu merupakan sebagai satu dorongan, namun sebenarnya apa yang lebih penting untuk menjadi penulis yang berjaya ialah minat dan kesungguhan.

0 comments: