CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, April 4, 2009

IDOLAKU

Menurut Dr. Kamariah lagi, penulis yang menjadi idolanya sejak dahulu adalah Hamka. Hal ini kerana sejak awal lagi beliau telah mula membaca karya-karya Hamka dan menyukai hasil-hasil karya terbabit. Antara karya-karya yang menjadi kegemarnnya ialah Di Bawah Lindungan Kaabah serta Hikayat Hang Tuah. Apa yang lebih menari, Dr. Kamariah mengatakan bahawa beliau telah berjaya habis membaca Hikayat Hang Tuah sejak daripada bangku sekolah rendah lagi.


Apabila masuk ke universiti, beliau seterusnya mula membaca dan meminati hasil-hasil karya Arenawati. Antara karya Arenawati yang cukup-cukup diminati beliau adalah novel Soudara. Beliau merasakan cukup istimewa serta berbeza dengan novel-novel lain yang pernah dibacanya. Selain itu, Dr. Kamariah turut jatuh cinta terhadap karya-karya nukilan Siti Zainon Ismail. Banyak genre-genre karya Siti Zainon Ismail yang telah dibaca olehnya.

Pada peringkat sekarang, Dr. Kamariah menyatakan bahawa dia membaca semua hasil karya penulis-penulis yang lain. Beliau menambah lagi yang mana beliau ada kesemua koleksi sembilan orang Sasterawan Negara. Hal ini merupakan suatu perkara yang amat membanggakan.


Dalam proses penghasilan karya pula, Menurut Dr. Kamariah, pada peringkat awal beliau hanya menjinak-jinakkan diri dalam penghasilan genre cerpen dan puisi sahaja. Kemudian bakatnya itu dikembangkan lagi setelah beliau memasuki universiti yang mana beliau telah mula menghasilkan novel-novel. Walau bagaimanapun, akibat kekangan masa terhadap tugas sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, beliau agak terbatas dalam menghasilkan karya. Lebih-lebih lagi beliau juga harus menjalankan tanggunjawab sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang ibu terhadap seorang cahaya mata. Disebabkan kekangan-kekangan tersebut, buat masa kini, beliau hanya menghasilkan karya-karya berbentuk cerpen sahaja. Beliau juga telah berjaya menghasilkan sebuah kumpulan cerpen iaitu Mencari Kamil. Cerpen-cerpen yang terdapat dalam kumpulan cerpen tersebut merupakan koleksi cerpen beliau sewaktu remaja.

0 comments: