CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, April 4, 2009


PERJALANAN SENIDR KAMARIAH

Dr. Kamariah telah mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan ini sejak daripada bangku sekolah menengah lagi. Menurutnya, dia telah mula menulis sejak zaman remaja lagi iaitu semasa dalam tingkata dua. Cerpen pertamanya yang berjudul “Bukan Itu Yang Kupinta” telah tersiar dalam majalah Dewan Siswa. Menurut beliau lagi, pada tahun 1988, setiap minggu DPB memang ada menganjurkan aktiviti untuk para remaja. Menurut Dr. Kamariah, pada peringkat remaja ini, beliau memperoleh idea dalam penulisannya adalah melalui pengalamannya serta pembacaan. Segala bentuk pengalaman dan pembacaan yang beliau peroleh melalui pelbagai bahan bacaan, digunakan untuk diolah dan dimasukan ke dalam karya yang bakal dihasilkannya.


Seterusnya, perjalanan seni beliau tidak terhenti setakat itu. Apabila masuk ke universiti pada tahun 1994, beliau masih terus berkarya. Beliau telah berjaya menghasilkan novel pertamanya pada tahun 1992. Seterusnya, bakat beliau semakin dikembangkan lebih-lebih lagi apabila berada di Universiti Malaya, beliau ada belajar pelbagai teori sastera. Teori-teori sastera tersebut dirasakannya amat berguna dalam menmbantu untuk menghasilkan sesebuah karya yang baik serta bermutu. Di sinilah beliau mula menghasilkan karya-karya yang lebih menjurus kepada penyelidikan. Sebagai contohnya, apabila membuat kisah tentang sesebuah keluarga, beliau akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan berkarya. Malah, sekiranya beliau ingi memasukkan latar luar negar dalam sesebuah karyannya, beliau pasti akan menyelidik terlebih dahulu sebelum boleh memasukan latar terbabit.

Tidak seperti penulis-penulis lain yang kebanyakanya mempunyai nama pena dan mashyur dengan nama tersebut, bagi Dr. Kamariah sendiri, beliau lebih selesa menggunakan nama beliau sendiri iaitu Kamariah Kamaruddin dalam setiap karya yang beliau hasilkan. Di sebalik kejayaannya itu, menurut Dr. Kamariah, beliau banyak mendapat sokongan dan bantuan daripada keluarga khasnya daripada bapnya sendiri, En. Kamaruddin. Apa yang lebih mengharukan, menurutnya, ketika menghasilkan novel pertamannya dahulu, beliau hanya menggunakan mesin taip untuk menyiapkan karya tersebut. Bayangkanlah bagaimana dugaan yang harus ditempuhi beliau sewaktu awala berkarya. Bagaimanapun, atas keperihatinan bapanya, beliau telah dihadiahi sebuah komputer bagi memudahkannya untuk terus berkarya.

0 comments: