KETIKA & KALIMAT
Bahasa dalam Multimedia…bahasa…multimedia…dua bidang yang aku rasa cukup berbeza. Kalau berkaitan dengan bahasa, aku mungkin agak arif. Kata budak linguistik…tapi kalau bab multimedia ni dengan je pn dah seriau. Pandangan pertama aku bila kali pertama dengar subjek ni, mesti ada kena pegang-pegang komputer ni. Alamak!!! Parah ni…macam mana nak buat. Boleh ke kalau tak ambik subjek ni. Eh, tapi boleh grade ke tak nanti. Kene check ni…pap…tepuk dahi aku...kene ambik lak subjek ni. Apalah malang . Kenaplah benda ni wajib ambik…kalau tak haha sayonara la…dulu subjek it, masuk kelas satu hari aku dah blah dah. Bukan tak suka subjek kene guna komputer ini, tapi cuma fobia je sikit. Almaklumlah…masuk kat sini je aku baru leh nak try pegang-pegang komputer ni. Kalau tak dulu nak pegang komputer je takut pe pe jadi kat komputer tu. Takut lak meletup. Kat sekolah dulu pun pernah belajar pasal komputer ni masa tingkatan satu je..Tu pun dah lupe macam mana nak bukak komputer. Masa mula-mula taip assignment dulu.Tap…tap…tap…s epatah-sepatah macam ayam patuk jagung. Tahap kelajuan pulak, laju lagi siput berjalan. Biasa la orang kampung. Rumah mana ada kemudahan komputer. Teringin gak bile member-member ada. Nak buat macam mana tak mampu. Masa de keje sekolah guna kompu ter masa sekolah pun tumpang rumah member buat. Tu pun dia yang buatkan. Haha baik member aku ni. Nasib baik dia ada. Kalau tak tak ada markah aku. Pun nasib baik masa mula-mula dapat a ssignment dulu pun nasib baik banyak yang group so, tugas menaip ni orang lain la yang sandang.
Tapi seiring dengan peredaran zaman dan waktu, aku dah makin mahirlah. Tapi tak banyak yang aku tau pasal komputer ni. Kalau belajar dengan member pun aku ni lambat tangkap. Biasa la aku ni lembab sikit kalau pasal komputer ni. Tau-tau je sem last ni kena ambik Bahasa dalam Multimedia. Le pas tu macam-macam versi cerita la yang aku dengar. Ada yang cakap subjek ni susah. Kene beli kamera la. Ada la beberapa cerita lagi. Tapi nak buat macam mana…nak tak nak kene hadapi kenyataan. Hidup mesti diteruskan. Jumlah kredit n kursus mesti cukup kalau nak grade. Huhu sape yang tak nak grade kan . Mase daftar kursus, kalau tak silap aku daftar group satu. Kat situ cakap Dr. Normadiah yan g ajar. Pernah masuk kelas it dia sekali dulu. Dia ok rasenya. Member yang dah ambik it pun cakap ok, so dengan agak terpaksa aku ambik je. Alah macam tak biasa. Ade gak beberapa subjek yang tak suke tapi terpaksa ambik. Result bol eh la dapat ok gak. Agak-agak aku pun leh buat subjek ni. Tapi tak lame lepas tu aku dapat tau Dr. Normadiah tak ambik kelas ni tuk sem ni. Jeng…jeng…jeng…jeng…jeng…Oooop cukup. Dah cukup berdebar ni…ye la sape yang ganti Dr. Normadiah. Alamak dah la subjek ni susah. Eh tak ambik lagi mana aku tau susah. Orang yang kate la…Bohong orang tu, memang aku kene bohong la… Masuk kelas pertama lepas cuti sem yang memang sayang nak tin ggalkan tu, terjawaplah segala teka teki yang menjadi solalan terperam dalam kepala ni. Masuk je Dr. Normaliza n beritahu apa yang dia nak buat dalam kelas ni dah buat jantung aku tak berhenti berdenyut. Eh memang la k alau tak mati la aku. maksud aku berdegup kencang. Mana taknye banyak peraturan. Uwa…uwa..tak boleh ponteng kelas. Tak jadi masalah sebenarnya sebab aku pn terlalu jarang ponteng kelas ni. Tapi tak tau la kenapa leh rasa tak best lak. Mungkin sebab ade orang tetapkan peraturan kot. Biasa la manusia mana suka dengan peraturan. Kene cari group 6 orang satu kumpulan lak tu. Aku biasa buat empat orang je satu group. Memang dah biasa, sejak dulu memang dah macam tu, sejak sem satu. Dah selesa bekerjasama. Mana lak nak cari dua ora ng lagi. Mula-mula ingat nak cari budak perempuan join group kiteorang. Yea la… dr cakap elok ambik budak perempuan sebab diorang kreatif. Tapi kiteorang punkreatif gak…hehe masuk lif tekan butang sendiri. Punya la baik kiteorang mengoffer, ayat baik punya, sorang pun tak nak. Jual mahal tol l a budak perempuan ni. Tak pe tak pe diaorang yang tak nak diaorang yang rugi. Tapi mana lak nak cari lagi dua orang. Kalau leh buat empat orang satu group tak pe la gak. Ni Dr. nak gak enam orang satu group. Ish…ish awal-awal lagi dah timbul problem yang tak diundang. Sape yang nak undang problem ek…panadol tak beli lagipening dah datang menyerang kepala ni Ni ..nio.. ni... no... ambulans…ambulans tolong datang.
Tapi lepas tu Mul n Fad cakap nak join group kiteorang. Ape lagi terima je la yang penting cukup orang walaupun asal rancangan nak cari budak perempuan yang kreatif cikit. Budak perempuan ni pun satu, de ke diaorang je yang nak menang. Ade ke patut diorang suruh kiteorang berpecah n masuk group diaorang. Ish…ish mane leh. Lelaki pun leh de group sendiri la. Mentang-mentang la kiteorang ni minoriti, diaorang ramai. Berlagak. Tak pe…tak pe…kiteorang budak lelaki pun leh tubuhkan group yang terunggul hebat macam action kamin pe…haha action bib…bib…bib…Eh sebut pasal action kamin kan teringat nama group kiteorang Shin Chan…Panjang sejarahnya masa nak pilih nama ni. Yea la masa tu dah tak tau nak namakan group ni pe. Cadangan yang ada cume Shin Chan n Naruto je. Tapi aku suke pe name tu. Kan dua karton tu watak animasi. Animasi kan de gunakan teknologi komputer. Autom atinya ada la kaitan dengan Bahasa dalam Multimedia ni, BBM 3410. Setelah Majlis Mesyuarat Raja-Raja berdebat, last-last pilih nama Shin Chan. Aku g depan terus tulis nama ni. Pada aku nama ni unik tuk group kiteorang. Macam aku cakap tadi ada kaitannya sikit dengan multimedia. Selain itu kan group kiteorang ni semua lelaki, so kena la dengan nama Shin Chan tu. Kan dia budak lelaki yang aktif, cerdik n comel, walaupun nakal sikit. Tapi ari tu masa dr sebut nama group, aku cam perasan dr de geleng kepala. Mmmm…agak-agak pe pendapat dr ek masa tu…dr tak suke ke???Tapi apa pun dah hampir abis kuliah Bahasa dalam Multimedia ni, kiteorang gunakan nama Shin Chan. Lepas tu de beberapa tugasan yang aku dapat idea gunakan Shin Chan. De la nampak kreatif sikit n nampak lain. Tapi kalau nak tau, Shin Chan ni salah satu karton favourite aku gak. Kat TV kalau kat umah tak leh miss negok Shin Chan. Komik dia pun aku de kumpul gak macam tu gak dengan cerita dia. Tu yang boleh gunakan adegan Shin Chan kat tayangan multimedia group kiteorang. Comel kan ??? Sebenarnya kiteorang guna Shin Chan biar group kiteorang nampak unik. Tiap kali de pe pun mesti kuar gambar Shin Chan. Identiti kiteorang. Group lain mana de identiti diaorang. Mungkin de orang lain yang pandang tak best dengan nama group kiteorang. Tapi peduli pe…yang penting kiteorang mampu hasilkan sesuatu yang lebih baik daripada group lain. Tapi tuk awal tugasan markah kiteorang tak berapa baik. Tapi time tu kiteorang memang dah berusaha keras. Eh, cite yang awal tadi tu tak abis lagi sebenarnya.
Group hebat Shin Chan
Yea la group dah buat, nama group pun dah pilih. Tingg al lagi keje yang nak kene buat. Ikut penerangan dr. seorang ahli group pun tak leh ponteng kelas ni. Kalau tak markah group habis punah ranah, hancur berkecai, berderai. Tau-tau pulak de tutorial, 2 jam lak tu. Tugasan lak buat individu. Dalam kepala aku dah terbayang macam mana la aku yang rabun IT ni nak kene siapkan tugasan yang diberi. Hu hu meraba-raba la jawapnya. Arrrr…satu lagi dugaan. Ketar lutut aku dibuatnya bile pikir macam tu. Bukan pe…takut dapat markah sikit je. Kalau aku teror pegang komputer ni tak pe la gak. Hu hu janganlah aku yang dapat markah paling sikit nanti. Tapi nak bu at macam mana, perjuangan mesti diteruskan. Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu ini. Amin…tugas an pertama dalam kelas ni yang aku ingat kene bawak majalah. Mmm…tercipta lagi teka teki. Apalah yang dr. nak kiteorang buat ni. Macam masa kelas seni masa tingkatan tiga lak, de bawak benda-benda macam ni. Ye la ciap dengan gam lagi. Hai nak buat macam mana, menurut perintah je la. Masuk kelas je ari tu kiteorang belajar asas grafik. Abis je belajar, mulalah kene buat keje. Oooo…rupenya kena cari asas grafik yang ada dalam majalah…ingat nak kene melukis ke, buat iklan ke?
Nampak je macam senang, tapi tak cukup tangan kit eorang nak buat kerja ni. Masa pulak sampai kelas abis, kul 2. Peh mana sempat nak buat. Jam…jam…tolonglah berhenti sekejap. Aii…kalau boleh. Kalau boleh pun jam tu yang rosak, masa tetap jugak berjalan kan … Nama group tak abis cari lagi. Susah ooo nak gunting nama n huruf dalam majalah ni. Nak kena cari lak tu. Gunting lak bawak tak banyak. Pe lagi, mengelabah dibuatnya kiteorang. Group lain de yang dah siap antar lagi. Group kiteorang tengah terkial-kial lagi. Tapi de gak group lain yang tak ciap lagi. Ramai lagi. Negok jam kat dinding lagi lima minit nak pukul dua. Ayo…ama macam mana ni…cepat…cep at…kalau tak tak sempat lak. Pulun…punya pulun, last-last kiteorang siap gak buat tugasan pertama ini. Negok hasil, not bad la. Tapi bile negok kat kelas tu, peh…macam dilanda taufan Katrina. Ape lagi jengkaut semulajadi ma sing-masing pun mula la kutip balik pe-pe yang tak patut ada kat atas lantai kelas yang suci murni sebelum kiteorang buat keje tadi. Siap sepantas kilat, kiteorang pun pe lagi, terus bergegas antar. Aiii takut lak markah kene potong. Tok..tok, nah Dr. kiteorang dah ciap. Puh lega…ciap gak… megah rasanya dapt ciapkan tugasan pertama. Penat, tertekan, jangan cerita la…kalah kelas….tak l eh cakap. Biarlah rahsia…hehe…Pandangan awal aku dekat kelas ni, kelas ni agak memenatkan. Yealah dalam satu tugasan, kami kena tangkap gambar yang perlu disesuaikan dengan peribahasa. Nampak mudah kan … tapi kami pandai sesuikan aksi dan pose kami untuk disesuikan dengan sesuatu peribahasa . Aii pening kepala otak masing-masing nak pikirkan. Sampai dah tak tau nak pose macam mana lagi. Nak kene gunakan 20 slaid pas tu n masa 7 minit.
Pose best aku
Setelah berbincang…berbincang…berbincang…akhirnya kami putuskan nak gunakan lagu zapin yang dah dikontemporarikan. Tapi muzik asal zapin sebenarnya memang la rancak…tapi ade part lagu ni yang agak slow…kalau dengar mesti agak mengantuk la. Tapi lagu yang kiteorang guna ni memang rancak. Bile dengar lagu ni teringat pulak kepestar. Kelas menari yang kiteorang ambik masa kat kolej dulu…banyak kenangan manis.heh eh…pe lagi pas tu excited la kiteorang cari peribahasa yang nak gunakan dalam gambar-gambar yang dah kami ambik tu. Semua memang bersungguh-sungguh la nak hasilkan sesuatu yang sangat…sangat terbaik tuk tugasan ni..excited gak la sebab dah tau macam mana nak gunakan power point ni. Masukkan background songket, pilih jenis tulisan, masukkan warna yang sesuai, tambah lagi animasi buat multimedia kiteorang tambah lagi power. Lepas tu tak sabar-sabar lak nak tunjukkan hasil kreativiti n penat lelah kami ni dalam kelas.
Happy Giler
Bile la kelas nak mula ni, dah tak sabar ni. Hehe. Bile tibe kelas, kami cepat-cepat offer diri nak present dulu…ade peluang, pe lagi terus je la present. Time dah bukak tayangan tu rase bangga lak tayangan kiteorang ditengok Dr. Normaliza n member-member lain. Rase best lak…pada pendapat aku kiteorang punya persenbahan cukup menarik n kreatif, ade Shin Chan lagi. Macam mana Dr…. best tak persembahan kiteorang, Dr. mesti ingat kan, ala yang ade Shin Chan tu…Best kan…tapi group lain punye pun best gak…dah tamat n khatam satu ilmu…pas tu dalam kelas ni aku belajar lak buat kalendar. Ni kat kelas tutorial la. Tutor kami Cik Alia…part ni la yang paling best…Nak tau kenapa??? Sebab ade belajar adobe….jeng…jeng…jeng…nak tau cerita??? Sebenarnya dah lama aku nak belajar adobe ni. Dulu pernah la belajar sikit dengan senior, tapi tak dapat-dapat. Pernah gak explore sendiri, tapi hampeh…tak jadi pun…pening tol bile belajar sendiri ni…buat-buat langsung tak jadi…apa yang aku tau, adobe ni SUSAH …huh terus malas nak belajar. Jelous lak tengok orang lain pandai gune adobe ni, tapi nak buat macam mana, dah try, tapi tak nak jugak berjaya. Masuk je kelas buat kalendar, aku start belajar macam mana nak guna adobe ni. Mula-mula tu memang la rasa susah sangat, tapi bile dah lama-lama belajar abdobe ni leh la… buat lak kalendar ikut tema…aku ambik tema empat musim.
Aku suka kucing, so aku ambik kucing tuk jadi model dalam kalendar aku. Pe la mulalah pencarian mencari gambar…cari gambar kucing yang comel-comel, musim-musim yang cantik-cantik, musim luruh, musim bunga, musim panas, musim sejuk…dapat semua bahan buat lak proses pemilihan…masukkan gambar…crop gambar…masukkan layer…masukkan tulisan. Tapi bab masukan tulisan n nombor ni yang susah. Aku wat satu-satu n susun satu-satu nombor kalendar aku…peh memang la leceh, tambah lagi orang yang baru nak merangkak ni. Tapi proses belajar mana ade yang se nang kan ???....tapi de tragedi sedih mase buat kalendar ni…huhu nak nangis rasenya…mana taknye aku tersilap tak ubah RGB jadi CYMK…dah banyak dah kalendar yang aku dah siap. Tanya cik Alia camne, dia cakap tak pe tapi gambar je yang kurang cantik mase print nanti. Mana de orang yang nak hasil kerja dia jadi tak cantik kan …nak tak nak… aku kena la buat balik kalendar aku tu…nak masuk n susun huruf lagi buat aku jadi nak gile…buat sampai pagi kalendar ni…orang lain masuk bilik mesti aku tengah buat k alendar. Roommate sendiri pun dah sampai naik hairan. Orang lain tak tau la naik pe bile negok aku dok ngadap laptop ni 24 jam. Tengok masuk bilik ngah buat kalendar, masuk lagi ngah wat kalendar lagi. Sampai mase tu berbual ngan member-member pun mesti pasal kalendar. “eh, kalendar ko dah siap?”, “dah sampai mana kau buat?”. Masuk kafe pun soalan tu gak yang berlegar-legar. Kalau tak aku yang tanya, orang lain lak yang tanya. Peh demam kalendar kiteorang ni. Macam dah jadi bulan kalendar sedunia lak… buat kalendar ni memang memeritkan ga k la. Almaklumlah kelas lain kene gi, tambah-tambah assignment lain pun berlambak-lambak untuk disentuh.
Seronok memang seronok, tapi mase je yang jadi kekangan. Perit…memang perit nak siapkan kalendar ni, tambah bile mase dah dekat nak antar…semua orang mesti nak kalendar dia cantik kan …so keje mestilah lebih sikit kan ??? Tapi akhirnya setelah berhempas pulas, mengerah tenaga, bersengkang mata, bertapa depan laptop, tak cakap dengan roommate sebab terlalu khusuk, siap jugak kalendar aku. Hasilnya boleh tahan. Tak sangka aku leh wat kalendar secantik ni. Tengok kat familiy aku mesti diorang terkeju t besar. Kalau kata aku beli tak leh pulak sebab ade muka aku kat tiap kalendar tu…huhu tu la motif sebenar…ade buktu kalendar tu memang Din yang punya, bukan orang lain yang punya sebab dalam kalendar tu ada gambar dia…haha bijak sebenarnya aku ni…pas tu kembang gak bile orang lain cakap kalendar aku cantik. Tapi mungkin gak sebab ade muka aku dalam kalendar tu, eh bukan la, sebab ade kucing-kucing yang comel kot. Heheh…pas tu tak sabar-sabar nak gi hantar print. Dah gi antar print, diorang leh buat lepas dua tiga hari lak. Pe h cam ni bile la dapat tengok n pegang kalendar aku tu. Ade lak member aku yang gi antar kalendar tu cakap orang kat kedai tu cakap tak boleh buat kalendar aku sebab banyaksangat warna. Huh, aku hampir nak jadi giler…mana taknye, time nak antar memang dah dekat sangat. Aku dah tak ada masa lagi nak nak buat. Kat laptop aku tu de banyak lagi assignment lagi yang menunggu giliran tuk disiapkan. Aku cakap ngan member aku tu suruh cakap ngan orang kat kedai tu aku san ggup bayar berape je asal dia print kalendar aku. Dah tak sanggup aku buat lagi. Dah la ari tu aku buat keje dua kali betulkan kalender aku tu. Last-last baru aku tau yang member aku tu buat lawak antarabngsa kat aku. Belum satu April lagi kene dah sedas lawak bodoh kat aku. Tak pasal-pasal ken e aku. Nasib baik tak sempat masuk tanjung rambutan. Tapi lepas tu, de budak yang g antar kalendar cakap kalender aku dah siap. Dia cakap cantik. Aku tanya lagi, ok ke? Dia cakap ok, tapi gambar macam pecah sikit. Ah, sudah…ari tu masa sebelum antar aku dah check banyak kali. Kalender aku ok je, tapi nape lak dia cakap gambar pecah. Alamak pecah dah pulak jantung aku ni. Hari Rabu kalau tak silap aku, member gi tolong ambikan s
ekali kalendar tu…sampai-sampai je dia kat bilik, te
rus serbu dia kat bilik nak tengok kalendar.
Contoh kalendar yang aku buat
Dapat je kalendar tu kat tangan aku, ya Allah, sejak biler lak aku de penyakit sopak ni. Abis muka aku yang cute ni jadi bercapuk-capuk. Penat aku cari n crop gambar tu cantik-cantik. Muka depan kalendar aku je dah tampilkan imej yang negatif pe lagi kat dalam. Aku pe lagi terus la selak kalendar aku tu sehelai-sehelai. Hmmm…seperti yang ku jangkakan, gambar-gambar kat dalam kalander aku abis pecah-pecah semua. Gambar tu semua pecah seribu. Hancur berderai usaha n penat lelah aku selama ini. Duit kat poket y ang aku belai selama ni pun dah terbang melayang kat orang kat kedai tu. Tapi hasil yang aku dapat…Hampeh…Apa yang aku harus lakukan??? Nampaknye terpakse la reda je…member aku cakap dia dah tanya orang tu kenapa kalendar kiteorang jadi cam tu. Dia cakap yang dia dah try sebaik mungkin nak dapatkan hasil yang terbaik. Ah, bohong, takkan la semua kalendar yang kiteorang buat kat kedai dia semua jadi hasil yang macam tu. Ape dia ingat kiteorang ni budak tadika ke yang leh ditipu. Eh budak tadika zaman sek arang ni pun otak A++++ tau, tak leh nak tipu. Tak puas hati… Memang tak puas hati. Penat kiteorang belajar adobe, penat kiteorang buat kalendar tu pagi, petang, siang malam. Bersengkang mata sampai mata pun dah naik lebab. Dia boleh selamba de je buat kalendar kitaorang macam tu…
Tapi kiteorang nak buat macam mana duit dah bagi, kalendar yang hampeh tu pun dah de kat tangan. Time antar kalendar pun dah dekat. Keputusan yang kiteorang dapat simpulkan, antar je la kalendar tu. Pas tu cerita la kat Cik Alia. Mase a ntar kelendar dalam kelas tutorial Cik Alia, member aku cakap kat Cik Alia. Dia pun tengok kalendar kiteorang tu, memang pecah. Lepas tu dia cakap lain kali jangan buat kat kedai tu lagi. Memang betul pun, sebab de beberapa orang member aku buat kedai lain, kalendar diorang cantik je. Besar, sehelai-sehelai dia print. Harga…lebih kurang same je…tapi tu la diorang gi tau pun dah lambat. Time tu kiteorang dah gi antar pun kalendar tu kat kedai. Mungkin tak de rezeki kot. Pe-pe pun aku bangga ngan kalendar aku. Tak sia-sia masuk kelas Multimedia ni.
Dapat hasilkan sebuah kalendar sendiri. Ni kalau tu njuk kat adik-adik aku kat kampung ni mesti diorang jelous. Haha…Tapi kesian gak kat aku n member-member yang lain sebab kalenaer kiteorang jadi cam tu. Semua orang pun merungut. Tak pe kekawan, kan dah belajar adobe, sok tiap-tiap tahun buat kalendar sendiri n cari kedai yang baik print. Huhu…Ni baru je pasal kalendar. Banyak tul yang kiteorang dah belajar dalam masa ya ng sesingkat ni. Lepas tu pengalaman yan g tak dapat aku lupakan, masa kiteorang buat perancangan pergi rumah anak yatim. Ni pun salah satu tugasan tuk subjek ni. Kiteorang tak rancang pe-pe mule –mule tu. Pas tu tetibe je group Kami ajak g same rumah anak yatim. Diaorang cakap dah dapat dah umah anak yatim tu. Dah tepon pun tanya. Kiteorang pe lagi, kecik tapak tangan stadium UPM kiteorang tadahkan…so kiteorang pun join same ngan group Kami. Start dari tu kiteorang pun dah rancang nak buat pe sikit-sikit. Rancang cari penajaan, nak buat aktiviti pe n lain-lain la. Excited gak sebab first ti me wat kerja cam ni…sebelum ni tak pernah buat pun. Tugasan ni cam lain daripada yang lain la. Tapi lepas tu dapat lak berita tak baik bile dapat tau yang umah anak yatim tu tak terima lawatan daripada pelajar. Dia cume terima lawatan daripa da syarikat-syarikat koporat.
Cis, demand tinggi lak. Tau la kiteorang ni cume st udent je. Ape pun tak de…sampai ati diaorang tolak niat suci murni setulus hati kiteorang ni. Sedih tol…dah la excited giler. Dah buat perancangan pun, last-last diaorang tolak macam tu je. Gelabah kiteorang nak cari umah anak yatim yang lain. Mane taknye kiteorang dah kaji kalender, tak banyak mase kiteorang yang tinggal. Kiteorang nak gi selesaikan tugasan an ak yatim tu cepat-cepat cos de banyak keje lain yang k ene kiteorang berezkan…ngan projek final year lagi…Cari punye cari…belek internet punye belek…last-last de la sebuah umah anak yatim ni yang sudi terima kehadiran kiteorang…Rumah Nur Salam…Yes…selesai satu masalah…pas je dapat pas kiteorang rancang balik pe yang nak buat nanti. Kiteorang dapat idea nak bagi bookma rk yang kiteorang buat sendiri sebagai kenangan kat anak-anak yatim tu nanti. Yea la, de la sesuatu yang boleh diaorang tengok nanti bile kiteorang dah balik nanti. Sesi perbincangan dibuat lagi. Kiteorang bauat kat Latar Siswa. Sebenarnya dah banyak kali bincang ni. Maklumlah nak buat yang terbaik…kiteorang dah rancangan nak cari penajaan kat mane…lepas tu nak buat kutip kat tiap floor kat kolej. Mase pun memang dah tak banyak lagi. Kiteorang pilih tarikh 22/2 gi umah anak yatim tu. Tarikh tu memang dah paling sesuai la cos ahli-ahli yang lain pun free time tu. Sesuai sangat la.
Group kiteorang kene wat design bookmark n penajaan, group Kami buat urusan dengan pihak anak yatim. Lepas tu kiteorang pun buat la de sign bookmark tu. Tak lame nak wat. Kiteorang pilih nak wat yang simple n nice je…lepas tu bagi design tu kat group Kami. Diorang beli barang-barang nak wat bookmark. Print, photostat, laminet, tebuk lubang, ikat reben. Siaplah bookmark kiteorang. Hasilnya memang boleh tahan. Masing-masing memang de sepasang tangan seni la. Haha cam ni leh la bukak bussines n syarikat pembutan bookmark, gerenti meletu p. Siap satu kerja. Pas ni pasal penajaan lak…cari sini, cari sana , last-last hampir nak dapat. Tapi kiteorang hanya mampu merancang je. Allah jua yang menentukan segalanya. Last-last minit memang dah sampai sangat mase yang kiteorang nak g tu penajaan tu gagal dibuat. So, kiteorang terpaksa buat perancangan lain. Gunakan sumbangan budak-budak kolej n masing-masing gak keluarkan sumbangan masing-masing. Kire selesai lak gak masalah tu. Masuk pulak bab aktiviti. Perbincangan dibuat lagi…bincang punye bincang…cadang…punye cadang…keluar idea punye keluar. Last-last kiteorang buat keputusan nak wat aktiviti ice breaking, main teka peribahasa, buat ldk, nyanyi same-same n last s ekali kiteorang nak wat gotong royong bersihkan kawasan anak yatim tu. Semuanye nampak berjalan ngan lancar. Tapi hampir-hampir mase nak gi, kiteorang dapat tau sebelum pergi kene jumpa dengan Dr. dulu.
Masa Perbincangan
Kiteorang tak tau sebelum ni. Ape lagi, pas tu cepat-cepat la kiteorang gi jumpa dengan Dr. Nak kumpulkan semua ahli dalam satu mase tu yang susah sikit. Maklumlah dua orang ahli group kiteorang duk kolej lain. Kalau tak leh la gi ketuk bilik dia gi same-seme. Tapi last-last dapat gak kumpulkan semua. Memang nak tak nak kene gak jumpa dengan dr. ari tu, cos kiteorang dah nak gi umah anak yatim tu. Tarikh susah sikit nak ubah sebab dah bincang ngan umah anak yatim tu. Memang tarikh tu la yang paling sesuai. Dua-dua pihak pun dah setuju. Dapat kumpul ahli, kiteorang pun ketuk pintu Dr. Ketar gak lutut sebab dah nak gi baru jumpa dengan dr. Tapi sumpah, kiteorang memang baru tau. Nasib baik dr. tak marah sangat. Masuk bilik Dr, Dr. tanya ape yang kiteorang nak buat. Dr. ambik n tengok tentatif program kiteorang. Dr. cakap ok. Tapi lepas tu dr. tanya ada buat makanan tuk anak yatim tu tak. Kiteorang gi taulah tak de, sebab memang tak ada dalam perancangan kiteorang. Lepas tu dr. bagi cadangan buat sandwich telur. Dr, gi tau budgetnye murah je. Kiteorang pun ambik la idea n cadangan Dr. tu. Kiteorang kumpul duit, beli barang-barang. Malam sebelum pergi umah Kanak-kanak Nur Salam tu, kiteorang prepare buat sandwich tu. Rebus telur gune rice cooker kat bilik, hancur telur n masukan mayonis, siap.
Pagi tu kul 3 kiteorang turun kat bawah. Bungkus sandwich same-seme. Kire ari tu kiteorang tido lebih kurang sejam je la. Budak-budak perempuan lak kene prepare tuk makanan tengah hari kiteorang tuk sok. Siap-siap bungkus kiteorang terus naik. Tidur sekejap. Lepas tu bersiap nak pergi. Angkat barang-barang gi kereta. Lepas tu kiteorang teruskan perjalanan. Tak semua naik kereta cos tak muat. Dua orang lagi naik sebuah motor. Ketika nak sampai kat sana de lagi satu problem. Kiteorang tak tau umah anak yatim tu yang mana satu. Pusing-pusing Chow Kit gak la kiteorang. Pas tu berehenti jap. Tanya orang kat situ. Last-last jumpa gak umah anak yatim tu. Alhamdulilah… Sampai-sampai budak-budak kat situ dah ada tunggu kiteorang. Kiteorang dijemput naik atas. Lepas tu kiteorang pun duduk tunggu pengurus umah anak yatim. Pengurus, En. Hasrul bagi sikit penerangan kat kiteorang ape yang boleh wat n x leh wat. Orangnye ok. Peramah n banyak cerita. Lepas tu kiteorang terus naik lagi tingkat atas yang mana anak-anak yatim dah menunggu kiteorang.
Kenangan indah bersama anak yatim
First sekali pe lagi breakfast dulu la…kiteorang pun agih-agihkan sandwich yang kiteorang bawak n bagi air mineral. Seronok negok diorang makan sandwich yang kiteorang buat sendiri tu. Tengok riak muka diaorang makan sandwich tu, terasa ilang segala penat lelah kiteorang buat sandwich tu pagi-pagi buta. Lepas makan, kiteorang pun buat la seperti apa yang dirancang. Best giler la. Anak-anak yatim ni pun sporting habis. Seronok bergelak ketawa dengan diaorang. Tapi awal-awal tu kiteorang tak terkawal la gak. Mana taknye abis tenggelam suara mawi n siti nurhaliza ni dengan suara budak-budak tu. Langsung tak kedengaran suara kiteorang. Tapi nasib baik la En. Hasnul tolong tenteramkan keadaan. Baru segala-galanya pulih.
Aktiviti pertama pertandingan mewarna n silang kata. Peh memang kreatif habis la budak-budak ni. Aku pun kalah. Cantik betul diorang mewarna. Aktiviti diteruskan. Tapi memang tak sangka betul budak-budak ni cekap betul dalam peribahasa. Cepat tol diaorang dapat teka soalan peribahasa yang kiteorang buat. Respek abis la…Tapi yang betul-betul kagum la mase buat aktiviti ldk. Memang bersemangat abis diaorang ni bentangkan tajuk yang kiteorang bagi dalam setiap group. Nama group yang diaorang pilih pun kreatif-kreatif. Lepas habis aktiviti tu kiteorang pun wat aktiviti nyanyi bersama-sama. Lagu teman sejati. Memang seronok habis la. Semua pun nyanyi n tunjukkan bakat terpendam masing-masing. Aku memang tak dapat lupakan memori ni la. Dah la ni first time aku gi umah anak yatim. Sebelum ni tak pernah pun. Tugasan ni beri peluang kat aku menjejakkan kaki kat uamah anak yatim n bermesra dengan diaorang. Kalau tak aku mesti tak berpeluang buat macam ni. Tak dapt buat sumbangan n kenal dengan anak-anak yatim kat situ. Semuanya berjalan dengan pantas tau-tau lepas bagi hadiah, cenderamata n gotong royong, kiteorang dah nak berpisah. Terasa sedih lak…Nak buat macam mana…Rumah Kanak-Kanak Nur Salam kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan selepas ambil gambar bersama-sama. Terasa sedih bile diaorang bersalaman dengan kiteorang masa nak balik. Pengalaman dekat rumah anak yatim tu merupakan pengalaman yang paling-paling berharga la buat aku. Bukan semua orang ada pemgalaman macam tu. Sebenarnya, banyak lagi benda berharga yang aku dapat kutip dalam kelas BBM 3410, Bahasa dalam Multimedia ni yang kalau nak cerita mau tak cukup sepuluh pages ni… Antara yang lain aku belajar nak buar laman web. Sebelum ni tak tau apa pe pasal benda tu. Bila dah buat rasa seronok. Tau la macam mana laman web ni berfungsi sebenarnya. Boleh letak lagu, cerita pasal diri n macam-macam lagi la.
Walaupun dalam kelas ni aku rasa banyak sangat kerja yang diberikan, tapi setiap kerja tu ada matlamat n faedah yang sendiri. Awal-awal masa dapat tiap tugasan tu memang tak nampak. Tapi bila dah buat, lakukan, jalankan barulah aku tau apa motif setiap kerja yang aku kena buat dalam kelas ni. Walaupun benda tu nampak remeh sangat macam tiap group mesti tak leh datang lewat, kalau tak akan jejaskan markah group tu. Kat sinilah kita dapat lihat macam mana semangat berpasukan yang ada dalam setiap group tu. Macam mana mesti ada rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap ahli kumpulan untuk menjaga kepentingan group masing-masing. Kebanyakan kerja pun dilakukan dalam group. Dari segi skill pulak, banyak dah meningkat skill aku dalam penggunaan komputer ni. Kire tak lah lagi buta it aku ni. Kalau tak ada kelas ni macam mana la aku nak belajar. Duk kat kampung ni susah sikit nak belajar ilmu-ilmu macam ni. Barulah aku tau kenapa kursus ni wajib diambil.
Bersama anak yatim
Lepas dah ambik ni aku sokong sangat la tuk diadakan terus kursus ni. Kalau boleh buat dua sem ke…hehe rasa tak puas lak…Tapi satu je aku nak beri pendapat. Jangan la letak kursus ni kat akhir sem. Dah la aku final yaear, terikat dengan projek n assignment yang lain lagi. Terasa perit sangat la. Kalau buat awal sem sikit, time tak busy cam ni aku rase tak de la masalah sangat. Ni mase wat tugasan Multimedia, terpaksa gak curi-curi masa wat projek. Kalau tak bile la nak buat. Tu je la harapan aku. Tapi pe-pe pun kursus Bahasa dalam multimedia ni memang sesuatu yang aku tak dapat lupakan. Selain banyak kenangan manis dalam kursus ni, skill aku pun dah banyak bertambah. Tak la rasa segan sangat kalau orang tanya pasal adobe or web ke. Ade la gak ilmu kat dada ni. Semua yang aku belajar dalam kelas Bahasa dalam Multimedia ni pastinya sangat berguna bile aku keluar nanti. Tuk tugasan terakhir iaitu buat blog pun banyak yang aku dapat. Dapat berkenalan dengan lebih dekat tokoh yang aku pilih n tau ilmu nak buat blog ni. Jadi tak la tertinggal dalam teknologi dan perkembangan semasa ni. Akhir sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Normaliza yang bersungguh-sungguh mengajar kitaorang tuk kelas ni. Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Alia yang mengajar dalam kelas tutorial. Terima kasih…halalkan segala ilmu yang telah diajarkan…sekian…