CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, April 4, 2009

PENGGUNAAN TEORI DALAM BERKARYA

Dalam penghasilan karyanya juga, Dr. Kamariah mengatakan bahawa dahulu dia agak bebas berkarya. Namun, sekarang beliau lebih berhati-hati dan teliti dalam menghasilkan sesuatu karya itu. Beliau menambah, dalam penggunaan teori dalam berkarya ini ada pro dan kontranya. Dari segi kontranya, seseorang itu akan berasa lebih terikat sewaktu mahu berkarya. Dari segi pronya pula, sesorang penulis itu akan menjadi lebih perihatin sewaktu menghasilkan karyanya. Dr. Kamariah mengatakan lagi bahawa sebenarnya, untuk menjadi seorang penulis yang baik perlulah berhati-hati sewaktu menulis dan menghasilkan karya. Seseorang penulis haruslah pandai menyeimbangkan penggunaan teori, isi serta bahasa dalam karyanya agar karya itu mampu menjadi sebuah karya yang terbaik dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca. Sebenarnya, dalam penghasilan karya, sepatutnya elemen bahasa dan sastera tidak harus dipinggirkan barulah karya yang akan terhasil nanti menjadi sebauh karya yang lebih mantap.

Bagaimanapun, beliau menasihati penulis muda yang baru mula menjinakkan diri dalam bidang penulisan ini agar tidak terlalu memikirkan sangat tentang penggunaan teori pada peringkat awal. Hal ini kerana menurut Dr. Kamariah penggunaan teori agak mengikat seseorang penulis. Hal ini akan menyebabkan penulis muda sukar untuk terus berkarya. Akhirnya, beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin menceburi diri dalam bidang penulisan ini agar rajin serta banyak membaca pelbagai bahan bacaan. Hal ini penting untuk menambahkan pengetahuan selain dapat digunakan dalam sesebuah karya. Di samping itu beliau juga menggalakkan seseorang penulis muda itu agar rajin membuat kajian dalam penghasilan sesebuah karya. Menurutnya, kedua-dua perkara ini akan menjadikan sesebuah karya yang dihasilkan itu menjadi berkualiti serta menjadi karya yang berkesan dan mampu memberi kesan dalam hati pembaca.

0 comments: