CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, March 31, 2009


LEMBARAN DIRI TOKOH


Dr.Kamariah Binti Kamaruddin dilahirkan pada 23 Mac 1973. Anak kelahiran Kemaman, Terengganu Darul Iman ini merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor. Sekarang, beliau menetap di N0.4, Jalan 8/32c, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ikhsan.


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


Dr, Kamariah Kamaruddin mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Chukai Kemaman (1980-1983), Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman (1984-1985). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Al-Falah Kemaman (1986-1990). Seterusnya, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Chukai Kemaman (1991-1992) sehinggalah melanjutkan pelajaran ke Kolej Negeri Sembilan (1993). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian media), di Fakulti Sastera dan Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1998-2000). Semangatnya dalam menuntut ilmu tidak tamat di situ, apabila beliau terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Melayu), di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (2001-2005)


kkamaria@fbmk.upm.edu.my atau kamariahkamarudin@yahoo.com



0 comments: